Tetapi, perlu menjadi seperti MATAHARI yang silau, yang dapat menundukkan kaum Adam sebelum MEMANDANG.
Hebatnya Allah menjaga para wanita...semoga kita sentiasa Redha dan menilai diri kita sendiri..kerana Allah letakkan Kaum Wanita ditempat yang tinggi..Beruntung lah..
Mengapa wanita selayaknya dihormati?
Pertama kerana dia adalah pelengkap tulang rusuk bagi lelaki, yang menjadi pelengkap kepada lelaki untuk dia sentiasa ada disisinya.
Di dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan muslim ada berbunyi:
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
Di dalam hadis ini menegaskan bahawa wanita selayaknya dihormati dan dikasihi dan jangan sesekali disakiti. Wanita yang dirujuk sebagai isteri adalah pelengkap bagi suami. Hanya lelaki yang budiman sahaja yang layak menjadi pendamping buat si isteri.
Wanita juga selayaknya dihormati kerana hanya wanita sahaja yang mempunyai rahim untuk melahirkan setiap umat di dunia ini. Wanita yang mempunyai rahim juga diibaratkan seperti seorang yang penuh dengan kasih sayang. Dengan rahim anugerah Allah itulah dia mengandung selama 9 bulan. Melalui saat-saat getir ketika melahirkan zuriat,berkorban kasih dan nyawa demi menyambung zuriat untuk suami tercinta..
No comments:
Post a Comment