La Tahzan...................Mudah berkata tetapi Allah je yang tahu>>>???
Memang benar kerana Allah lah yang memiliki segala yang di dunia ini termasuk kita dan saya yg sedang menaip ini...Hati kita sentiasa sedih bila sesuatu yg berlaku dan bakal berlaku...Allah kau permudahkan urusan ku dan keluargaku dunia dan akhirat.....
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita sentiasa sedih kan?? rasa kitalah yang besar ujiannya berbanding orang lain..memang ujian tak sama. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Tetapi yakinlah disebalik ujian pasti datangnya Rahmatnya..
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik. Sujudlah padanya memohon perlindungan dan pertolongan kerana tiada kuasa melainkan Allah.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana. Tetapi kepada orang-orang disekeliling janganlah memandang rendah kepada mereka yang mempunyai masalah berat ini..usahlah bertanya yang macam-macam sehingga terasa bebannya bertambah..bukan lagi meringankan....usahakanlah membantu dan menceriakan hidup mereka yang diuji semoga kita juga akan dibantu mungkin suatu hari nanti.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
No comments:
Post a Comment