Wednesday 14 December 2016

Al fatihah.. SEDEKAH PAHALA KEPADA MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA




MARILAH KITA DOAKAN BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


MARILAH KITA DOAKAN IBU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

ALFATIHAH, KEHILANGAN IBU TERSAYANG NOV 2016, ABAH 2008


😢😢


Disaat belum puas berbakti kepadanya.. Aku Redha dengan Janji Allah yang HIDUP PASTI MERASAI KEMATIAN.. terngiang-ngiang kata-kata mak.. jangan takut mati, banyakkan amalan jangan tinggal Solat........

Allah mak...

Memang tak terduga.. dikala seminggu sebelum mak pergi di pejabat Agak sibuk dengan urusan kerja..dikejutkan dengan mak pengsan pagi Ahad 20/11/2016 4.30pagi ... Ambulan datang amik mak..sesampai je di Hospital masa tu baru azan subuh.. Mak sedar ... Alhamdulillah.. sempat berjumpa dengannya.. 

Mak Ampunkan kami semua .. Maaf zahir batin halalkan makan minum ye Mak...  Mak kata ya,, dengan nada yang lemah tapi amat tenang..

Ketika itu air mata dah tak ingat dunia.. mengalir dgn lajunya.. Mak Allah sayang Mak... Mak ingat Allah jangan ingat yang lain2.. Mengucap dan Istigfar selalu ye Mak.. Mak anggung dan menjawab ya.. Dia Tenang sekali dan dia tahu dia akan pergi.. Tetapi penyesalan tetap ada kerana seminggu sebelum mak pengsan aku sangat sibok di pejabat...


Ya Allah Aku terharu, Syukur kerana kau izinkan aku dan adik beradik yang lain menjaga mak di Zon Merah Ahad- Selasa selama 2 hari..

Sanak Saudara, Adikberadik serta Ipar duai datang melawatnya.. kuat semangatnya untuk bangun.. tetapi mak dinasihatkan supaya jangan gerak banyak dan oksigen dalam badan terlalu rendah dan jantung juga lemah..


Malam tu Allah izinkan aku menjaganya sehingga pagi.. Alhamdulillah dapat juga temankan mak yang semakin lemah.. Kalimah Allah..Allah....Allah. tak lekang dari mulutku bisikkan di telinga mak.. Sehinggakan aku tak mapu untuk duduk,, kerana bimbangkan mak, Semoga mak dipermudahkan Allah...mak Allah sayang mak..



Pagi yang menyedihkan, aku terpaksa balik kerana dah menjaga sepanjang malam.. balik berehat pagi tu.. sampai pukul 2.30 ptg itu pon mmg x boleh tido..mengenangkan mak yang tak lama hayatnya.. mmg terasa terkilan tapi kena Redha..Mak seorang yang tabah diuji dengan kesakitan dari 1992 dan Telah kehilangan Suaminya Abahku pada tahun 2008.. kami yakin janji Allah pada hambanya yang taat beribadah.. 

Ya Allah Andai inilah takdirmu,, jangan kau sakiti dia... Ambillah dia  dengan mudahnya husnul Khatimah.. mudahkan urusannya.


Sesampainya di Hospital dalam 3.00 Petang mmg doktor dah bagi tau adikku.. ketika itu dia menjaga mak, mak mmg amat tenat.. kami pon memang tak tinggal bisikan.. Allah..Allah.,,..Allah.. terlihat mulutnya berkumat-kamit.. senyum seperti tau masanya akan tiba..Allah jangan kau ambil dengan kasar ya Allah ambillah dia dengan lembut selembutnya...Alhamdulillah mak sungguh tenang wajahmu ...Allahuakbar..Pukul 4.27 aggaran waktu Asar mak menghembuskan nafasnya yang terakhir... Allah ..Allah..Allah..
Aku Redha ya Allah...


Kami adik beradik memandikan mak bersama 2 orang pengurus mandi jenazah  di Hospital, dan suami kami pergi memaklumkan pihak masjid, kebetulan ada untuk kebumi malamnya..
Alhamdulillah rezekimu wahai mak... diringankan jenazahmu dipermudahkan urusanmu...

Selepas Solat isyak mak dikebumikan.. itulah berakhirnya dengan cukup ringan dan mudah..

Semoga mak & Abah dipermudahkan di Alam Barzakh..Kita juga akan berangkat sama mak cuma masanya hanya Allah yg tau... bila-bila masa akan MATI..
                                           Gambar Hiasan

APA PASTI ANAK-ANAKMU, MENANTU-MENANTUMU, CUCU-CUCUMU , AKAN SENTIASA MENDOAKANMU.. TIDAK SESEKALI AKAN MENINGGALKAN DOA UNTUKMU...DOA ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH PASTI DITERIMA ALLAH...







Monday 18 July 2016

Pasrah atau Redha.....



betul tak????????????

kita manusia biasakan....kadangkala mmg rasa terbeban dengan dugaan ..Kadangkala berduka memirkirkn perkara yang lalu..dan apa bakal terjadi akan datang..

Ya Allah hanya padamu kami bersandar dan hanya Kau lah yang memimpin kami..lindungilah kami Ya Allah..

redha tu, lebih tinggi dari sabar..kalau sabar kita senyum diluar(bibir), tapi hati kita menangis.. 


kalau redha lak kita akan senyum diluar dan dalam... kiranya kita terima dengan hati terbuka.. 
(susahkan),,pasrah lak,nak ke tak nak kita kena terima ujian tu jugak sebab dah tak boleh nak elak.. kiranya dia tak terima tapi terpaksa hadapi..

Ustaz cakap, cara nak tahu kita nie tergolong dalam golongan redha atau pasrah.. bila kita mula2 hadapi ujian, tengok samaada kita senyum dulu baru menangis atau kita menangis dulu baru senyum.. kalau kita senyum dulu,maknanya kita redha.. tapi kalau kita nangis dulu, maknanaya kita pasrah..


Thursday 14 July 2016

didik anak kita

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.).


Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.

Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

AMALAN WANITA KETIKA HAID

Amalan Ketika Haid Dan Nifas


Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
a.      Bermunajat
b.      Bertafakur
c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ﷺ bersabda; “Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid berikut:

Doa Ketika Datang Haid dan Nifas
.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)

Thursday 30 June 2016

Fadilat lailatulqadar

Fadilat lailatulqadar

Banyak ayat al-Quran dan hadis menyebut keutamaan Lailatulqadar. Antaranya:

1. Malam lebih baik daripada seribu bulan. Firman ALLAH SWT, “Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah Al-Qadr: 3).

Ulama tafsir mengatakan, dimaksudkan dengan lebih baik daripada seribu bulan adalah solat dan amalan pada Lailatulqadar adalah lebih baik daripada solat dan puasa selama 1,000 bulan yang tidak terdapat lailatulqadar. (Zaadul Masiir, 9/191)

2. Malam penuh keberkatan dan keselamatan. ALLAH berfirman: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: 4-5)

Malam itu adalah malam penuh keberkatan, kerana turunnya malaikat membawa rahmat dan berkata: "Malam yang sejahtera kerana banyaknya manusia terselamat daripada hukuman dan seksaan ALLAH kerana ketaatan yang mereka kerjakan pada malam tersebut."

3. Malam pengampunan dosa lalu.Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mendirikan solat pada Lailatulqadar, kerana iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Riwayat Bukhari)

Mencari lailatul qadar


Diriwayatkan daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Carilah Lailatulqadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW turut memberi petunjuk yang lebih terperinci untuk kita mencari lailatulqadar sebagaimana di dalam sabda Baginda SAW: “Carilah malam Al-Qadar pada malam ganjil di sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Maka carilah (Lailatulqadar) pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima (daripada sepuluh malam terakhir).” (Riwayat Bukhari)

Ubay bin Ka’b RA berkata: “Demi ALLAH, sungguh aku tahu malam mana malam itu (Lailatulqadar), ia adalah malam di mana Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk menghidupkan malamnya, iaitu malam ke-27.” (Riwayat Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Atsqalani rahimahullah merumus daripada keseluruhan hadis berkaitan Lailatulqadar ini dengan mengatakan ALLAH lebih mengetahui bilakah malam tersebut.

Nabi Muhammad SAW sekadar memberi tanda-tandanya maka kita dituntut mencari dan menghidupkan malam-malam tersebut.

Tanda lailatul qadar

Rasulullah SAW tidak menetapkan malam itu pada malam ke-27, 29, atau 25. Namun ia adalah ujian kepada orang yang bertakwa. Orang yang beribadah dan menghidupkan malam secara rutin adalah lebih mudah mendapatkan kemuliaan malam ini.

Adapun orang yang tidak pernah menghidupkan malam dengan ibadah dan hanya menunggu untuk beribadat pada lailatulqadar, dia tidak mungkin berhasil mendapatkan malam tersebut. Pencarian lailatul qadar perlu dilakukan secara konsisten sejak awal lagi.

Tanda-tanda Lailatulqadar yang popular dalam adat dan kepercayaan masyarakat Melayu seperti pokok bersujud dan sebagainya, ia hanya dongengan dan tidak wujud dalam ajaran agama. Perihal tanda-tanda Lailatulqadar, kita hanya mengambilnya daripada hadis Nabi Muhammad SAW, antaranya:

1. Malam yang cerah, tidak panas dan tidak sejuk.

Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya aku diperlihatkan Lailatulqadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari Ramadan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah, dinilai sahih oleh al-Albani dalam koreksi beliau terhadap Sahih Ibnu Khuzaimah)

2. Pada pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik. Rasulullah SAW bersabda: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar.” (Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, perkara ini semua tidak boleh ditunggu baru hendak beramal, ia tidak akan menjadi. Mencari tanda-tanda ini bukanlah keutamaan.
Ia hanyalah tanda yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pemberi semangat untuk kita mendekatkan diri dengan ALLAH. Apa yang penting adalah kita disuruh menghidupkan malam-malam sepanjang Ramadan.

Amalan Nabi SAW

1. Solat malam dan membangunkan keluarga untuk solat

Disebut dalam hadis Nabi SAW dari ‘Aisyah RA: “Nabi SAW apabila memasuki sepuluh akhir (dari bulan Ramadan), Baginda mengetatkan kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Mengetatkan kain adalah kiasan bagi berjimak dan mukadimah jimak. Ini kerana perkataan-perkataan Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dengan bahasa yang sopan.

2. Memperbanyakkan doa

Antara doa yang sabit dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang banyak Baginda SAW ucapkan pada bulan Ramadan.
Baginda SAW turut mengajarkannya kepada isteri Baginda SAW, Aisyah RA adalah: “Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa fa’fu’annii (Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau bersifat Pengampun, Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.) (Riwayat Tirmizi, sahih)

3. Membaca al-Quran

Membaca al-Quran adalah menguntungkan. Satu huruf yang dibaca diganjari sepuluh kebaikan (pahala).

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa membaca satu huruf dari kitab ALLAH, dia mendapat satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad SAW membaca dan mengkhatamkan al-Quran bersama dengan Jibrail pada setiap Ramadan. Ini yang difahami daripada makna tadarus. Kaedah tadarus berkehendak kepada sekurang-kurangnya dua orang; seorang membaca dan yang lain mendengar dan membetulkan kesalahan, bukan dengan membaca beramai-ramai.

Dengan tadarus Nabi Muhammad SAW mengambil pelajaran dan belajar tentang al-Quran, itulah erti dan tujuan di sebalik amalan bertadarus.

Baca al-Quran ketika berdiri  dalam solat memiliki keutamaan yang tersendiri.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa solat membaca sepuluh ayat maka dia tidak ditulis termasuk orang lalai. Siapa yang solat membaca seratus ayat ditulis termasuk  orang yang patuh dan siapa yang membaca seribu ayat maka ditulis sebagai orang yang mendapatkan pahala sangat besar sekali." (Riwayat Abu Dawud, dinilai hasan oleh al-Albani)

Monday 27 June 2016

بلغوا عني ولو آية - Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat

بلغوا عني ولو آية - Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat



Walaupon kita bukan sebaik-baik manusia..tetapi disudut hati kita teringin untuk menjad Hambanya yang Baik..Betul tak??????

Jom kita sebarkan Islam dan kebaikan..semoga ada ganjaran diakhirat nanti bahkan Allah akan berinya didunia............Keberkatan dan Rahmatnya kepada kita.......


Beramallah............Peringatan telah di beri

A082
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. 


A086
Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. 

Friday 24 June 2016

Adab berdoa

Allah Ta’ala berfirman:
إِذْ نَادَى رَبَّهُ نِدَاء خَفِيًّا
“Yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.” (QS. Maryam: 3)


Allah Ta’ala berfirman:
ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
(Q“Berdoalah kepada Rabb kalian dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-A’raf: 55)


Dari Aisyah -radhiallahu ‘anha- dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَحِبُّ الْجَوَامِعَ مِنْ الدُّعَاءِ وَيَدَعُ مَا سِوَى ذَلِكَ
“Rasulullah -shallallahu wa’alaihi wa sallam- menyukai doa-doa yang singkat tapi padat maknanya, dan meninggalkan selain itu.” (HR. Abu Daud no. 1482 dan An-Nawawi berkata dalam Riyadh Ash-Shalihin no. 431, “Sanadnya baik.”)


Dari Jabir bin Abdillah  dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَوْلَادِكُمْ وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ لَا تُوَافِقُوا مِنْ اللَّهِ سَاعَةً يُسْأَلُ فِيهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيبُ لَكُمْ
“Janganlah kalian mendoakan keburukan pada diri kalian, jangan mendoakan keburukan pada anak-anak kalian, dan jangan mendoakan keburukan pada harta-harta kalian. Jangan sampai doa kalian bertepatan dengan saat dikabulkannya doa dari Allah lalu Dia akan mengabulkan doa kalian.” (HR. Muslim no. 3009)


Dari Abu Hurairah  bahwa Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ فَلَا يَقُلْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ وَلَكِنْ لِيَعْزِمْ الْمَسْأَلَةَ وَلْيُعَظِّمْ الرَّغْبَةَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَتَعَاظَمُهُ شَيْءٌ أَعْطَاهُ
“Jika salah seorang dari kalian berdoa maka janganlah sekali-kali dia berkata, “Ya Allah ampunilah aku jika Engkau kehendaki.” Akan tetapi hendaklah dia memastikan apa yang dia minta dan hendaknya dia memperbesar pengharapannya, karena Allah -Azza wa Jalla- sama sekali tidak pernah menganggap besar sesuatu yang Dia berikan.”(HR. Al-Bukhari no. 6339 dan Muslim no. 2678)

Thursday 23 June 2016

Terimalah Taubatku



YA Aku penuh dosa...........Dosa yang lalu..........Ampunilah Aku.......Jangan Kau campak aku Ya Allah...............

Sesungguhnya tiada pengharapan melainkan aku mengharapkanmu untuk aku terus hidup...................Bukan MAnusia tetapi darimu Ya aku Harapkan........

Aamiin

checkpoint Manusia

Gambar di atas membawa seribu cerita dan makna, ia menerangkan bagaimana liku-liku kehidupan seorang manusia itu bermula dan berakhir. 
Manusia tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun tentunya percaya kepada kehidupan selepas mati. 

MAti Itu Benar
Siksaan Kubur Itu Benar

Allah Selamatkan kami dengan Rahmatmu
Akihirilah kami dengan HUSNUL KHATIMAH


Peringatan utk diriku...................Sekarang kita di dunia jambatan ke Alam Kubur dan Akhirat...Beramallah sepertimana kita akan mati esok harinya..berkerjalah/carilah rezeki sebagaimana kita hidup selamanya tetapi ingat jangan cari rezeki yang syubhah dan haram......... 

YA ALLAH!!!kepadamu aku bersujud dan minta pertolongan permudah kan aku dan pembaca-pembaca SEKELIAN semoga kau permudahkan kehidupan kami dan keluarga kami ...matikan kami dalam HUSNUL KHATIMAH...........

Hari akhirat adalah hari setelah kematian yang wajib diyakini kebenarannya oleh setiap orang yang beriman kepada Allah Azza wa Jalla dan kebenaran agama-Nya. Hari itulah hari pembalasan semua amal perbuatan manusia, hari perhitungan yang sempurna dan hari ditampakkannya semua perbuatan yang tersembunyi sewaktu di dunia. Juga pada hari itu orang-orang yang melampaui batas akan berkata penuh penyesalan:
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
“Duhai, alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal shalih) untuk hidupku ini.” [al-Fajr/89:24]

Maka hendaknya setiap Muslim yang mementingkan keselamatan dirinya benar-benar memberikan perhatian besar dalam mempersiapkan diri dan mengumpulkan bekal untuk menghadapi hari yang kekal abadi ini. Karena pada hakikatnya, hari inilah masa depan bagi manusia yang sesungguhnya. Kedatangan hari tersebut sangat cepat seiring dengan cepat berlalunya usia manusia. Allah Azza wa Jalla berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” [al-Hasyr/59:18]

DOA DIJAUHKAN API NERAKA

PANAS...PANAS..PANAS.........

PERNAHKAH KITA MELECUR ATAU TERKENA API??SAKITKAN?????????? ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!! API DUNIA PON SAKIT BAGAIMANA NANTI NERAKA DI SANA.......



TUHANKU ALLAH.......AKU TIDAK LAYAK MASUK SYURGAMU NAMUN AKU TAK UPAYA MENGHADAPI API NERAKAMU.......................


Buat baik tak perlu jadi ustazah/Ustaz



Berbuatlah baik..sebarkanlah kebaikan dan keindahan Islam......

berdakwahlah kerana bukan ustaz/ustazah sahaja yang diberi tugasan seperti itu tetapi menjadi tanggungjawab dan kewajiban kita sebagai umat ISLAM wajib menyebarkan dakwah Islam dan membuat kebaikan..........

Kerana apa?? kerana kita hidup ini hanyalah sementara ..walaupon nampak ada yang berumur 60,70,80 tahun...lama kan sebenarnya itu hanyalah Angka semata2........

Jika tidak diisi dengan amalan dan ibadah takut ianya sia-sia................
biar kita hanya 45,50,55 tahun saja hidup tetapi alangkah baiknya jika hidup ini ditemani oleh Amal ibadah dan tidak meninggalkan dunia...kerana dunia lah Jambatan ke Akhirat................

Saham Akhiratku..........


Aku hidup tidaklah lama......ingin bahagia disana (Akhirat) yang kekal abadi....berdoalah untukku jika aku dipanggil nanti semoga kamu juga beroleh Rahmatnya walaupon kita tidak pernah bersua............Semoga Amalan kita diterima dan dosa-dosa kita diampunkan.....


Semoga amalku yang sedikit ini dapat diteruskan dan dapat menjadi amal jariahku nanti.........

Sahabat yang ingin copy & paste atau ingin share di dlm blog ini silakan.. sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :) Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. 

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
① Sedekah/amal jariahnya.
 ② Doa anak²nya yang soleh. 
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. 

BERDOALAH...KEHEBATAN BERDOA

KEHEBATAN DOA 

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. 
Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT; "Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat. "Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat. "Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi. "Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung- ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT.
Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung- ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi; "Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?" "Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi." "Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat. "Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi. "Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat. "Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi. "Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi. "Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada- Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.. 

Tuesday 21 June 2016

La Tahzan


La Tahzan...................Mudah berkata tetapi Allah je yang tahu>>>???
Memang benar kerana Allah lah yang memiliki segala yang di dunia ini termasuk kita dan saya yg sedang menaip ini...Hati kita sentiasa sedih bila sesuatu yg berlaku dan bakal berlaku...Allah kau permudahkan urusan ku dan keluargaku dunia dan akhirat.....
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita sentiasa sedih kan?? rasa kitalah yang besar ujiannya berbanding orang lain..memang ujian tak sama. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Tetapi yakinlah disebalik ujian pasti datangnya Rahmatnya..
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik. Sujudlah padanya memohon perlindungan dan pertolongan kerana tiada kuasa melainkan Allah.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana. Tetapi kepada orang-orang disekeliling janganlah memandang rendah kepada mereka yang mempunyai masalah berat ini..usahlah bertanya yang macam-macam sehingga terasa bebannya bertambah..bukan lagi meringankan....usahakanlah membantu dan menceriakan hidup mereka yang diuji semoga kita juga akan dibantu mungkin suatu hari nanti.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Monday 20 June 2016

muhasabah diri



Apakah penting muhasabah diri>??

Ya. kerana kita tak tahu apa yg akan terjadi selepas ini., takut2 umur tak panjang tak melihat apa kesilapan kita lakukan.. muhasabah diri ni mcm kita buat checklist lah...kalau ada yg tak sempurna tu touch up balik..

Kerana kita manusia yang mudah lupa dan tidak sempurna iman. Turun naik iman mcm mcm kesialapan dan dosa kita lakukan ..kadang2 mmg x perasan pon.. jadi pentingnya muhasabah diri agar kita tak jauh tergelincir dari landasan Allah,,,

BERPUASA TETAPI TAK SOLAT



Puasa Itu Harus Jauhi Bermaksiat

Seseorang yang berpuasa tentu harus pula meninggalkan maksiat. Karena puasa bukan hanya meninggalkan makan dan minum atau tidak berhubungan intim, namun puasa juga hendaklah meninggalkan maksiat. Kata-kata kotor mesti dijauhi. Kata-kata yang menyakiti orang lain pula mesti dihindarkan. 

Ramai yang sanggup berpuasa berjam-jam tetapi tak sanggup solat hanya 5 minit itupon tak sampai...kekadang lajunya hanya 3 minit...cuba renungkan termasuk diri saya sendiri......teguran utk diri yang sedang menaip ini............semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat kita sekeluarga..aamiin



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ
“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.” (HR. Ibnu Khuzaimah 7: 282 dan Hakim 4: 111. Syaikh Al Albani dalam Shohih At-Targib wa At-Tarhib no. 1082 mengatakan bahwa hadits ini shahih)


Jangan sampai yang berpuasa hanya mendapatkan lapar dan dahaga saja. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
“Betapa banyak orang yang berpuasa hanya mendapatkan rasa lapar dan dahaga saja. Betapa banyak pula yang melakukan shalat malam, hanya jadinya begadang di malam hari.” (HR. Ahmad 2: 373. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini jayyid).

SOLATLAH

Jangan rasa rugi untuk tinggalkan masa beberapa minit untuk mendirikan solat kerana ia dapat selamatkan AKHIRAT YANG PANJANG... Jangan rasa UNTUNG dengan MASA bila dapat cari DUIT BERIBU sehingga tertinggal WAKTU mendirikan SOLAT kerana kelak RUGI tak mampu BAYAR hutang AKHIRAT. 

Solat adalah tiang agama ...masakan boleh membina bumbung dan dinding tanpa tiangnya.......


betul tak.....walaupun mula rasa macam hipokrit atau berat nak buat..cuba lawan buat jugak..lama-lama keikhlasan dan kesedaran akan datang kerana itulah kewajiban kita sebagai hamba Allah.........

INGAT YER.. PERKARA PERTAMA YANG AKAN DITANYA SETELAH KITA DIKEBUMIKAN ADALAH SOLATMU!!!!!!

BERDOALAH KEPADANYA

Kita seringkali keliru dan tertanya-tanya akan nasib kita akan datang........betul tak?? Menyesal apa yang telah kita lakukan? 

Sesungguhnya hanya Alllah yang maha mengetahui apa yang akan terjadi selepas ini..sedangkan saya pon tak tahu apakah akan terjadi kepada saya setelah menaip artikel ini..
semoga semuanya baik2 dan dipermudahkan Allah.... Aamiin..

Sebagai manusia kita tak lari dari kesilapan dan teruskan berdoa kerana doa itu adalah senjata umat islam...mengadulah kepada Allah...

Kerana dialah tempat dan Maha tahu segalanya..........

Redha Ibu............Doanya termakbul

- Kita sering mendengar Ayat Al Quran yang menjelaskan perintah Allah untuk berbuat baik kepada ibu dan bapa. bahkan tidak hanya satu atau dua surat saja, melainkan ada beberapa dalam Surat Al Quran.


- Ini menandakan bahwa Allah Maha Tahu akan ada masanya sebagian besar anak tidak lagi mau berbakti pada orang tuanya. kita sudah bisa melihat kenyataan di zaman ini, banyak kasus yang telah ceritakan dalam buku-buku cerita bahkan ada yang sudah di filmkan, tentang durhakanya seorang anak kepada kedua orang tuanya.


“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)

Ayat diatas menyebutkan keutamaan seorang ibu yang mengandung dalam kondisi lemah bertambah-tambah dan menyusui. Dengan demikian kita bisa mengetahui bagaimana posisi Ibu dalam islam. Beliau sangatlah mulia dan wajib dimuliakan, bahkan melebihi posisi seorang ayah.



Kita pun pasti ingat tentang kisah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam yang pernah ditanya oleh sahabatnya mengenai orang yang wajib kita hormati. Beliau menjawab “Ibumu” hingga tiga kali kemudian barulah menjawab “Ayahmu” setelahnya.



Begitu mulianya seorang Ibu sehingga harus kita hormati hingga tiga kali lebih besar dibandingkan dengan seorang ayah. 

Bagaimana tidak? Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sangatlah besar.
Setelah bersusah payah mengandung selama sembilan bulan, kemudian menyusui hingga sang anak berumur dua tahun dan kemudian membesarkannya hingga dewasa dan mampu mengurus diri sendiri dan berumah tangga.


Bahkan mungkin setelah berkeluarga pun masih saja ada yang merepotkan ibunya. Kita pasti mengetahui ada istilah ‘syurga di telapak kaki ibu’. Tapi tahukah kamu bahwa bukan hanya syurga saja yang dibawanya namun juga sekolah kehidupan.


perasan atau tidak dalam mengurus dan mendidik anaknya memang lebih besar dari peranan seorang ayah.
Penelitian yang dilakukan di Amerika Serikat, menunjukan bahawa anak yang dirawat oleh ibunya sejak kecil lebih cerdas dibandikan anak yang dirawat oleh ayahnya.


Penelitian ini berdasarkan riset yang dilakukan pada sejumlah anak atas kemampuan berpikir selama masa kanak-kanak atau menjelang remaja. Dan terbukti bahwa peran seorang ibu sangatlah penting dalam menumbuh kembangkan kecerdasan anak.


Bersyukurlah jika masih memiliki otang tua, khususnya ibu. Ia akan senantiasa mendoakan kita dalam setiap shalatnya, dalam setiap waktu sepertiga malam-malamnya.


Tahukah kamu bahwa seseorang yang sukses biasanya lebih dekat dengan ibunya. Karena kesuksesannya selalu didoakan oleh sang ibu. Siang, malam, pagi dan petang.

 Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda:


“Tiga macam golongan yang dianya mustajab dan tidak diragukan lagi kedahsyatannya. Yakni doa orang tua kepada anaknya, doa musafir (orang yang sedang berpergian), dan orang yang didzalimi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Bila Marah....jom berwudu'




Marah?????????? ia ibarat api yang menyala ..betul tak....mmg kekadang hampir tersalah tindakan kita...
Allah itu maha Pengampun dan Maha Penyayang...jangan kita lupa...ambillah wudu' kerana ianya dapat menyejukkan Marah.........


Wanita dipelihara Allah

WANITA tidak seharus menjadi seperti BULAN yang dapat ditatap oleh semua lelaki.
 Tetapi,  perlu menjadi seperti MATAHARI yang silau, yang dapat menundukkan kaum Adam sebelum MEMANDANG. 

Hebatnya Allah menjaga para wanita...semoga kita sentiasa Redha dan menilai diri kita sendiri..kerana Allah letakkan Kaum Wanita ditempat yang tinggi..Beruntung lah..




Mengapa wanita selayaknya dihormati? 
Pertama kerana dia adalah pelengkap tulang rusuk bagi lelaki, yang menjadi pelengkap kepada lelaki untuk dia sentiasa ada disisinya. 

Di dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan muslim ada berbunyi:

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."

Di dalam hadis ini menegaskan bahawa wanita selayaknya dihormati dan dikasihi dan jangan sesekali disakiti. Wanita yang dirujuk sebagai isteri adalah pelengkap bagi suami. Hanya lelaki yang budiman sahaja yang layak menjadi pendamping buat si isteri.
Wanita juga selayaknya dihormati kerana hanya wanita sahaja yang mempunyai rahim untuk melahirkan setiap umat di dunia ini. Wanita yang mempunyai rahim juga diibaratkan seperti seorang yang penuh dengan kasih sayang. Dengan rahim anugerah Allah itulah dia mengandung selama 9 bulan. Melalui saat-saat getir ketika melahirkan zuriat,berkorban kasih dan nyawa demi menyambung zuriat untuk suami tercinta..